Sunday, 24 February 2013

Pengakap Raja Perak Darul Ridzuan

Kepada semua pimpinan atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam badan Persekutuan Pengakap Negeri Perak terutamanya pimpinan, peserta, kelana serta sesiapa sahaja yang bergelar pengakap bersama saya pada tahun 2010, dimaklumkan saya merupakan salah seorang pengakap raja pada tahun tersebut. Dan karya ini khas buat anda semua termasuk manik kayu, kelana, dan juga ketua. semoga menjadi pengajaran kepada semua.

Rasanya tentu kecewa jika usaha tidak dihargai,bukan begitu?

Fasa perih dihadang sudah,
Datang empat batang kayu basah,
Besi hitam melengkung gigi merah,
Baju lusuh tampal-tampal,
Jahit singkat perit setimpal,
Kerana gerbang akhir belum dipintal.

Ke mana pergi serpih tengahnya kosong,
Tali sauh jernih potong-potong,
Muka garang salamnya melopong,
Ini bukan baka baik ini baka baru,
Duduk makan pimpin garang hati berbau,
Terus simpul serong buncit usah dihirau.

Jepun dan filipina bersilang-silang,
Si angkuh menerjah bawa biskut perang,
Puisi ditabur rambut mengerbang,
Ini bukan berlian ini songkok si Pangandaran,
Bukan cacian sekadar mengingatkan,
Minda amarah sesempit minda si syaitan.

Gel balistik disingkap kucup hembus,
44 kilometer dikerah menapak tulus,
Kejarkan tengkolok hijau kertas kurus,
Takhta kubah tidak bermakna jika hati pudar,
Manusia pandai menilai menghargai sifar,
Tiga kertas merah jadi cagaran ingkar.

Nasi goreng jingga periuk sampan,
Kita hanya pandai makan tak pandai simpan,
Pedas bunga kembang menjadi umpan,
Tangan dipaksa pena ditekan hati dibelai bias,
Kita kongsi lonjong lidah tidak jarak tempias,
Racun kelabu dilakar secukup paras.

Duhai kalung hitam coklat dua tiga,
Menilai pandai menghargai tiada,
Baju melayu hitam namun putih telinga,
Goncang-goncang besi kalung sengguk-sengguk,
Berdiri solo baju campur melodi mengantuk,
Hanya dua angka atau huruf jadi aras pembentuk.

Fasa terakhir ahad yang janggal,
Wajah penyeluk rezeki lusuh bertampal-tampal,
Berlagak pemberi tengkolok hijau berpintal-pintal,
Daktil dihimpun siku disenget salam diberi,
Mundar-mandir lurus ke sana ke mari,
Memburu kononnya sedang berdiri sang pencuri.

Berlalu sudah 260 minggu kubah ditunggu,
Nama dipetik dipanggil tidak diganggu,
Kertas-kertas warna ditaruh wajah berbulu,
Segerombolan huruf dan angka dilakar pena bola durjana,
Sembilan coretan imitasi yang kononnya berpena,
Terlantar dibawahnya orang-orang yang pernah bernyawa.

Hati membuak siapa yang tahu,
Tengkolok hijau sama cakar ayam siapa yang mahu,
Bicara bayangan diteman hamburan kata kata nahu,
Angka didail respon tipikal si hamba pemerintah,
Layanan Zoo Negara pencetus hati tertarah,
Semoga kalung-kalung seterusnya akan lebih merah.

Gerbang terakhir pahit manis,
Kain gulung-gulung ceritera sudah pun habis,
Harap meresap kata-kataku sinis,
Bekerja biar ikhlas bukan mengejar keris dan kubah,
Apresiasi ditagih daripada si janggut cerah,
Agar si anak tidak berhati patah.


p/s sajak ini saya tujukan khas kepada pimpinan tertinggi pengakap perak pada tahun 2010, pasti semua mereka faham maksud sebenar sajak ciptaan saya.

mesej tersirat imej tersurat. semoga kalian diredhai Allah.