Monday, 25 February 2013

Sebaris Kepuk

Assalamualaikum, mudah-mudahan usaha ini bertemu kejayaan.

Sebaris kepuk
Diapit lintang oleh dua batu menunduk
Menjadi peneman setiap makhluk
Yang dulunya berbangga hatta melunjur
Di kerusi yang mereka labur
Kini mereka terbengkalai menelan tanah berterabur
Walang menanti kunjungan sayap penjaga kubur

Sebaris kepuk
Dibina oleh si basit pencari habuk
Disokong kuat pula oleh mereka yang tercucuk
Oleh pakaian hitam warisan nenek moyang
Agama dibuang bangunan ditatang
Cangkul diganti oleh si gigi loyang
Peluh diserap kehormatan melayang
Dek kerana sebaris kepuk

Sebaris kepuk..dimiliki oleh fulan si penyeluk..diwarisi oleh si tukang turut

Dalam kenangan, Othman bin Ahmad yang kembali ke Rahmatullah pada 2009 :'(